Sejarah dan Apresiasi - Seni Oriental

Sinopsis

Menurut Drs. Sidi Ghazalba, dalam bukunya ’Pandangan Islam Tentang Seni’ menerangkan seni adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sekelompok manusia melalui pancaindera kelima ekoran fitrah semula jadi yang cinta kepada seni. Manusia memerlukan satu media perantaraan untuk meluahkan perasaaan dan emosi untuk dikongsi bersama manusia lain.

Prof.Dr.Zakaria Ali
Menurut Zakaria Ali, apresiasi seni adalah latihan yang melibatkan deria pandang dan sentuh yang mampu membantu kita menikmati karya dengan lebih seronok lagi.
Menghayati seni adalah satu bidang yang perlu diberikan perhatian. Penghayatan karya seni memerlukan bahasa seni iaitu bahasa lisan dan tulisan. Penerapan bahasa dalam penghayatan seni adalah dalam bahasa visual atau seni tampak.


Hasil Pembelajaran:
1) Menganalisis penulisan tokoh dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman.
2) Mengaplikasikan teori apresiasi untuk melihat dan menghayati karya seni.

Pengenalan Seni Oriental
Di dalam dunia ini terlalu banyak karya-karya seni telah dihasilkan secara individu atau berkumpulan. Karya seni yang dihasilkan biasanya mempunyai tujuan yang tersirat dan tersurat. Sebagai contoh, karya seni yang dihasilkan pada zaman Pra Sejarah lebih menggambarkan situasi dan aktiviti mereka sendiri.
Istilah Seni Oriental secara tradisionalnya merujuk kepada aktiviti seni dari daerah Timur Tengah, Asia Selatan dan Asia Timur. Ia termasuklan Seni Islam, Seni China dan Seni India. Istilah Oriental telah digunakan oleh masyarakat Barat untuk menjelaskan tentang kebudayaan, negara-negara dan peralatan yang berasal dari kawasan tersebut.

Seni Islam
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni.

Islam membenarkan umatnya berimiginasi dan berkreativiti dalam pemikiran mereka, perlu dijaga dan disuburkan dalam ruang dan batasan syariat. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang berbentuk geometri. Tiada elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama. Seni harus menjurus kepada pengabdian diri kepada Tuhan.

Kesenian Islam hendaklah memaksimumkan kesedaran tentang keesaan Allah. Tiada pemisahan antara seni dan agama. Seseorang seniman perlu memahami ajaran Islam yang hendak disampaikan melalui seni sama ada seni lukisan, muzik, seni bina dan seni pentas. Kesenian Islam perlu mempunyai mesej yang jelas. Kesenian boleh mendidik manusia supaya menjadi insan yang baik dan insan yang hampir kepada Allah. Para seniman mempunyai tanggungjawap sosial dalam konteks syariah islamiah. 

Seni Cina
Menurut ahli sejarah, Kesenian Cina yang terawal sekali ditemui pada akhir Zaman Batu ialah Seni Tembikar.Bidang Kesenian Cina Seni Tembikar Kebanyakkan tembikar neolitik yang terbaik di dunia datanganya dari negeri Cina. Tembikar Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam. Bentuk-bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu bermulut tebal dan berbadan kecil.

Seni India
Kesenian India bermula dari Dinasti Maurya, tahun 132 s.m. Berasaskan kepada keagamaan dan pemujaan. Ianya mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Ia berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.

Seni Bina dan Seni Ukir berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid. Nilai-Nilai Dharma – dharma masyarakat memerlukan idea tentang fungsi dan peraturan apa yang harus dilakukan. Dharma individu memerlukan apa yang harus dilakukan oleh seseorang mengikut kelahiran dan peringkat dalam kehidupan. Dharma dikaitkan degan tugas, tanggungjawab dan aturan memberi makna kepada kehidupan manusia iaitu memberi individu identiti dan makna kepada peranannya dlm hidup. Kepercayaan kepada Tuhan – kepercayaan kepada satu entiti yang melampaui batas pemikiran dan kesedaran manusia merupakan asas pemikiran agama orang Hindu. Karma – prinsip asas bagi aliran pemikiran falsafah dan agama yang berasal dari India.

Falsafah dan Stail  
’Philos’ dalam bahasa Yunani bermaksud kecintaan terhadap sesuatu manakala ’Sophia’ bermaksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Maka ’Philosophia’ secara jelasnya membawa maksud ’mencintai akan kebijaksanaan’.

Socrates, Plato dan Aristotle merupakan ahlli falsafah Yunani yang terkenal. Idea mereka telah mempengaruhi perkembangan falsafah seni di barat juga di Malaysia.

Falsafah seni adalah sesuatu yang global dan secara umumnya terbahagi kepada falsafah barat, falsfah Islam dan falsafah timur. Falsafah seni pula adalah proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan.

Falsafah seni bukan sahaja merupakan proses mencari jawapan kepada keindahan malahan juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seorang pengkarya seni dalam karya yang mereka hasilkan. Tohoh-tokoh falsafah yang ternama adalah seperti Socrates, Plato, Leonardo da Vinci, Atistotle. Mohd Taib Osman dan lain-lain. Tokoh-tokoh tersebut boleh diibaratkan sebagai kompas yang memberi panduan, pendapat dan idea tentang keindahan seni kepada para seniman.

Falsafah Seni Islam
Sejarah telah membuktikan bahawa, kesenian Islam berbeza dengan bentuk kesenian lain. Kesenian yang dihasilkan adalah berlandaskan kepercayaan kepada kitab Al Quran dan hadis Nabi.

Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.

Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.

Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. 

Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau menegaskan bahawa:‘Setiap motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah. Dia adalah Pencipta yang Esa dan Mutlak’.

Seni Khat 
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama'). 

Tulisan ini mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Seni khat mempunyai kaitan rapat dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-quran. Antara Seni Khat yang terkenal ialah Nasakh : diperindah oleh Ibn Muqla Khat Riq'ah : tulisan arab yang dapat ditulis dengan cepat dan sesuai dengan gerakan tangan. Khat Diwani : Catatan atau antologi karangan. inspirasi dari model khat lain.  Hanya digunakan untuk hiasan sahaja. Khat Diwani Jali : Lebih bervariasi berbanding khat diwani. Khat Thuluth : digunakan untuk hiasan seperti dalam mushaf Usmani, nama kitab atau buku.

Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Jenis-jenis Seni Khat 

Tamudun Islam kaya dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.

Khat Kufi berasal dari Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul. Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.

Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.

Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.

Khat Diwani.
Diwani membawa erti catatan atau antologi karangan. Digunakan secara meluas semasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.

Khat Diwani Jali. 
Jika dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya, rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya. 
Khat ini dicipta oleh khattat Shahla Basya pada zaman pemerintahan Kerajaan 'Utmaniyyah. Khat ini dianggap sebagai kesinambungan daripada khat Diwani biasa. Khat ini dinamakan Jali yang bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Tujuan penggunaannya ialah untuk tulisan rasmi diraja dan surat-menyurat kepada kerajaan asing.

Bentuk hurufnya memenuhi ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan berupa geometri yang tersusun indah. Daripada jenis khat ini terciptalah bermacam-macam rupa bentuk hasil karya penulis-penulis khat yang mahir.

Khat Diwani Jali ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu khat Diwani Jali Mahbuk, Diwani Jali Hamayuni, dan Diwani Jali Zauraq (bentuk Perahu). Khat Diwani Jali Mahbuk ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah, sepertimana pada contoh utnuk terbitan kali ini. Khat Diwani Jali Hamayuni pula biasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali Zauraq adalah jenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.

Kesimpulannya, khat Diwani Jali ini dapat dilihat pada seninya bentuk tulisan, penyusunan huruf yang indah dan keserasian kalimah-kalimah yang diadun dengan begitu sempurna.

Khat Raihani
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal. Khat Raihani merupakan perpaduan antara Khat Thuluth dan Khat Nasakh yang di kembangkan oleh para ahli kaligrafi pada masa kerajaan Usmaniah. Khat Raihani lazim digunakan untuk penulisan ijazah oleh seorang guru kaligrafi kepada muridnya, oleh kerana itu Khat Raihani disebut juga Khat ijazah.
Pencipta gaya khat ini adalah pakar kaligrafi besar Ali Ibnu Hilal atau Ibnu Bawab, namun berhubungan erat dengan Ali Ibnu Al-Ubaidah Al-Raihan (w 834 M), bersempana dengan itu ia dinamakan Khat Raihani. Terdapat juga sumber lain mengatakan nama Raihani adalah dari kata Raihan yang bererti ( harum semerbak ) kerana keindahan dan popularitinya.
Menurut Hashim Muhammad al-Khuttat dalam kitabnya Qawa’id al-Khatti li al-Araby bahawa  menulis kaligrafi dengan gaya Raihani sangat mengasyikkan dan menarik. Kerana tulisan ini lebih sederhana, tidak terdapat tulisan yang menumpuk, fleksibel, elastik mudah untuk dibentuk sesuai dengan tempat tanpa mengorbankan keasliannya.

Jenis Khat ini menjadi lebih menarik, indah dan mempesona apabila dihasilkah oleh seorang seniman naturalis. Tulisan ini dibuat lebih menyerupai benda-benda seperti buah-buahan, perahu, hewan, gelas ataupun tumbuhan. Dan bentuk tulisan inilah yang merupakan hasil karya seni paling indah dalam perkembangan seni Islam khsusnya dalam bidang kaligrafi Arab.

Seni Bina
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.

Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah, piring, kulit buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawang, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain

Rajah 1.1: Corak-Corak Arabes
Diwani ialah satu daripada beberapa gaya skrip seni khat Islam. Ia skrip melengkung yang dikembangankan semasa zaman awal pemerintahan Uthmaniyyah (abad ke-16 hingga awal abad ke-17). Ia direka oleh Housam Roumi dan kemuncak penggunaannya tercapai semasa pemerintahan Suleyman I Agung (1520–1566).

Thuluth (Bahasa Parsi: ثلث solos, Bahasa Turki: Sülüs, daripada Bahasa Arab: ثلث‎ "satu pertiga") ialah sejenis skrip seni khat yang direka oleh seorang Ibn Muqlah Shirazi, seorang berbangsa Parsi. Skrip ini muncul buat kali pertamanya dalam kurun ke-11 M (kurun keempat Hijri). Bentuk lurus dan bersudut skrip Kufi digantikan dengan skrip garisan yang melengkung dan condong (oblik)
Seni lukis pula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasanya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yang boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Falsafah Seni China
Mencius, seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa semua benda di dunia ini termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum: Yin dan Yang.

Yin dan Yang adalah simbol mengenai keharmonian yang saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan dan berpasangan pada alam ini seperti kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan dan perhubungan di antara kedua-dua unsur yang berpasanagn dan bertentangan ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China

Confucius pula mempunyai pendapat bahawa manusia bukan hidup berseorangan atau bersendirian serta terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia perlu dididik tentang cara bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

Jika wujud sifat hormat menghormati, kesopanan, kesusilaan dan tanggungjawab dalam masyarakat maka akan wujudnya keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

Menurut Falsafah Toisme pula, kerajaan yang paling berkesan ialah kerajaan yang paling kurang memerintah. Undang-undang dan peraturan yang paling sedikit yang diperkenalkan oleh sesebuah kerajaan itu, akan memudahkan kefahaman rakyat. Penekanan kepada alam pula telah menggalakkan pengikut Toisme menerokai sains dan teknologi. Falsafah Toisme juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

Pokok buluh pula adalah simbol  kepada kekuatan, kesabaran menanggung penderitaan  kepada kepantasan pembangunan dan perluasan kebudayaan di China.

Seni Tembikar
Kebanyakan tembikar neolithic yang terbaik di dunia datangnya dari negeri Cina. Tembikar zaman Maharaja Yso dan Shun berwarna kemerah-merahan dengan perhiasan hitam, bentuk tembikarnya yang popular ialah bentuk pasu  bermulut tebal berbadan kecil. Tembikar  Cina zaman akhir Neolithic pula  berwarna hitam dan berkilat. Tembikar Dinasti Zhou mempunyai lapisan glaze yang terang pada permukaan tembikarnya. Tembikar zaman Wangsa Ha, menggunakan glaze kelabu kekuningan yang diperbuat dari timah hitam.
Tembikar semasa Diasti Zhou

Seni Tembaga
Kesenian tembaga bermula pada zaman Wangsa Shang. Kebanyakan kesenian tembaga ketika itu adalah peralatan rumah dan sebahyang yang ditiru dari bentuk-bentuk tembikar. Pada akhir Wangsa Chou, ada terdapat bukti teknik tuangan bentuk huruf atas bejana-bejana telah dilakukan. Bentuk-bentuk bejana berasaskan bentuk binatang, bejana tersebut digunakan untuk 2 tujuan iaitu kegunaan harian dan istiadat keagamaan

Catan
Bamboo and Rock - Chu Sheng 1749

Dikatakan catan Cina  bermula dengan gambar binatang. Catan Cina lazimnya dibuat di atas kain sutera atau kertas  telap dakwat. Perkembangan seni catan terkenal di Zaman Wangsa Tang yang banyak berunsur ugama Budha, Taoism dan Confucianism. Zaman Sung, pelukis Cina menggunakn ciri-ciri pemandangan dan kemanusiaan

 Ciri-ciri catan
Motif yang digunakan agak terbatas jika dibandingkan dengan catan barat. Kebayakan catan menggambarkan keindahan panorama alam semulajadi. Catan mempunyai falsafah

Arca dan Ukiran

Dikesan sejak zaman Wangsa Shang dengan terjumpanya dua arca berbentuk  harimau dan burung hantu, diperbuat daripada marmar. Terdapat banyak imej-imej Budha ditemui di candi-candi di Gua Yun Kang, Shensi. Di gua-gua  Tung Huang, Kansu terdapat imej-imej Budha diukir pada dinding gua tersebut. Arca-arca diperbuat daripada tanah liat yang diwarnakan, batu dan tembaga.

Seni kaligrafi
Seni kaligrafi Cina berkaitrapat dengan keunikan bentuk-bentuk hurufnya yang berkembang seiring peradabannya. Ia merupakan salah satu kesenian Cina yang terulung. Kaligrafi merupakan salah satu daripada empat kemahiran asas dan disiplin golongan seniman Cina sekali dengan karya catan, peralatan muzik bertali dan permainan berasaskan papan seperti permainan Go 围棋 dan Mah Jong 麻將.

Karya Chen Hongshou(1768-1822) 

Seni tulis cina yang terawal ditemui pada zaman Wangsa Shang (2000 S.M) yang ditulis di atas permukaan buluh, tulang dan kulit kura-kura. Kehadiran Confucius dan Lao-Tzu pada zaman Wangsa Chao, membantu menggalakkan pertumbuhan falsafah, kesenian dan tulisan orang China. Dalam tahun 1928-221 SM, terdapat banyak tulisan pada permukaan bejana tembaga dan batu. Tulisannya mempunyai ukuran yang sama. Terdapat 3 tulisan dicipta dalam zaman wangsa Han, iaitu tulisan bentuk biasa (pattern script), tulisan bentuk kasar (Rough Script) dan tulisan sambung (Curcive Script)


Senibina

Senibina di China dikatakan dapat dilihat dengan pesat pada zaman Ming, apabila Peking dijadikan Pusat Pentadbiran menggantikan Nanking

Ciri-ciri Senibina
Berdinding kayu beratap genting curam. Bangunan kuil dan pagoda mempunyai pintu    gerbang, beratap genting melengkung ke atas.

Catan lanskap
Ilustrasi sebuah cerita lama orang Cina yang membawa maksud Confucianism, Taoism, dan Buddhism adalah satu. Dilukis mengikut gaya Litang mengisahkan tiga orang lelaki yang sedang ketawa berhampiran anak sungai, Karya abad ke 12 Dinasti Song.
Catan lanskap mendapat tempat yang istimewa sekali dalam perkembangan seni catan China.  Catan lanskap China (Shan Shui) membawa maksud gunung dan air.  Sejarah catan China  berkembang dengan pesat dalam zaman Dinasti Sung.

Ciri-ciri Catan lanskap

Tidak meniru alam secara realistik tetapi tertumpu kepasda ekspresi yang membawa pengnertian terrhadap keseluruhan catan. Seorang artis harus dapat berinteraksi secara harmoni dengan alam dan dapat menterjemahkan falsafahnya melalui catan. Konsep Yin dan Yang menjadi teras  kepada catan lanskap China iaitu keseimbangan dengan  yang melalui perlambangan  kabus, air, awan, burung dan lembah.

Hukum Catan China

Pada abad ke 6 M, Hsieh Ho telah menyenaraikan 6 prinsip seni melalui penelitiannya terhadap seniman terdahulu dan karya-karya mereka melalui bukunya Ku Hua Pin Lu atau Rekod-rekod Para Pelukis Zaman Dulu. 

Prinsip-prinsip tersebut ialah:
"Spirit Resonance," or vitality, and seems to translate to the nervous energy transmitted from the artist into the work. The overall energy of a work of art. Xie He said that without Spirit Resonance, there was no need to look further.

2. Penggunaan berus untuk membina struktur.( Ku fa yung pi)
"Bone Method," or the way of using the brush. This refers not only to texture and brush stroke, but to the close link between handwriting and personality. In his day, the art of calligraphy was inseparable from painting.

3. Bersikap jujur terhadap objek-objek yang dilukis.(Ying mu hsieh hsing)
"Correspondence to the Object," or the depicting of form, which would include shape and line.

4. Penggunaan warna dengan betul demi merakamkan objek-objek. (Sui lei fu tsai)
"Suitability to Type," or the application of color, including layers, value and tone.

5. Merencanakan komposisi gambar.(Ching yin wei chin)
"Division and Planning," or placing and arrangement, corresponding to composition, space and depth.


6. Meniru karya para masters dari zaman silam supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah meraka buat.(Ching mu i hsieh)
"Transmission by Copying / Respecting Tradition," or the copying of models, not only from life but also the works of antiquity.  By copying their teachers and duplicating established forms, an artists becomes free to give life to that form.  An exact duplication lacks vitality.  An artist should strive for spontaneity and free expression while showing reverence for the past.


Falsafah Seni India

Terdapat Enam aliran (sekolah) dalam Sistem Falsafah India iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. Kesemua aliran ini menerima sepenuhnya ajaran kitab Veda. Dikenali sebagai astika darshana.

Pendukung aliran Nyaya ialah Gautama dan karyanya Nyaya Sutra bertarikh kurun ke-2 SM. Nyaya bermaksud pertimbangan logik. Terdapat empat sumber ilmu pengetahuan iaitu persepsi (pratyaksha), Inferens (anumana), Analogi/perbandingan (upamana) dan Testimoni/pembuktian (shabda)

Aliran Vaisheshika dikenali sebagai Vaisheshika Darshana. Pengasas aliran ini ialah Kanada (kurun ke-3 SM) dan karyanya berjudul Vaisheshika Sutra. Semua benda dikatakan diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom) iaitu atom bumi, air, api dan udara. Terdapat 5 unsur dlm pembentukan dunia iaitu dik (ruang), kala (masa), akasha (eter), manas (minda) dan atma (jiwa ).

Aliran Sankhya merupakan Sistem falsafah terawal. Dipelopori oleh Kapila (kurun ke-7SM) dan karyanya ialah Sankhya Sutra. Sankhya bererti bilangan iaitu falsafah yang menghuraikan mengenai realiti dalam bilangan yang terhad dan pengetahuan yang sempurna. Dua realiti mutlak iaitu purusha (jiwa) dan prakriti (jirim), sebab dan akibat. Konsep Triguna (tigasifat) alam semesta iaitu Sattva, Rajas dan Tamas

Pendukung Aliran Yoga ialah Patanjali (kurun ke-2 SM) dan karyanya ialah Yoga Sutra. Konsep Tuhan mutlak iaitu memperjelaskan realiti Tuhan. Penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan hidup. Latihan minda dan fizikal iaitu latihan mengawal serta mematikan fungsi anggota badan, pancaindera, minda, intelek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Disiplin minda dan fizikal membantu mencapai moksha.

Mimansa bererti siasatan. Objektif utama ialah menegakkan kewibawaan kitab Veda serta ritualnya. Pendukungnya ialah Jaimini yang menyusun falsafah ini secara sistematik dan mencipta teks Purva-mimansa Sutra pada 400 SM. Kepentingan – sistem tafsiran Veda.

Vedanta dikenali sebagai Uttara Mimansa. Pelopor ialah Badarayana yang mencipta karya Brahma Sutra (400SM) atau juga dikenali sebagai Vedanta Sutra. Teks asas ialah karya-karya Upanishad, Brahma Sutra dan Bhagavad Gita. Pendukung falsafah ini yang terkenal ialah Sankara. Dua aliran utama iaitu Advai ta (non-dualistic) dan dvaita (dualistic). Advaita (yang didukung oleh Sankara) menyatakan Atman (jiwa) dan Brahman (Tuhan) bukanlah dua entiti yang berbeza. Dvaita (didukung oleh Ramanuja dan Madhva) menyatakan Atman dan Brahman adalah berlainan tetapi tidak terpisah. Aliran Ramanuja disebut Vis is tadvaita- Vedanta dan Madhva dikenali sebagai Dvaita- Vedanta.

Ahimsa – terdapat unsur-unsur positif seperti kasih sayang, simpati, belas kasihan, murah hati, jasa dan pengorbanan diri. Mengelak daripada melakukan kekejaman atau mencederakan. Satya – kebenaran. Pengetahuan benar yg  merangkumi kebaikan, keadilan, tindakan yg benar,ucapan dan pemikiran yang benar dan juga realiti mutlak atau Tuhan.

Perpaduan – masyarakat dari pelbagai kaum dan agama, penting menggalakkan hubungan erat dan keharmonian masyarakat.

Seni Bina dan Seni Ukir

Bidang Kesenian India, Seni Arca Merupakan kesenian tertua di India dan berkait rapat dengan patung-patung keagamaan. Dibuat daripada batu marmar, kerana ia lebih tahan dari tanah liat. Zaman kegemilangan seni arca India ialah pada zaman Guptas. 

Berkembang maju pada zaman Maurya, contoh Tiang Asoka. Mencapai kegemilangan pada zaman Gupta, contoh Stupa Sanchi, imej Buddha dan Bodhisattva di India Utara. Zaman Muslim, kombinasi gaya Parsi (Islam) dan Hindu berkembang, contoh Taj Mahal dan Jami masjid.
Bangunan Taj Mahal terletak di Agra India dibina oleh Kerajaan Mogul pada 1647 di bawah pemerintahan Shah Jahan sebagai makam untuk mengenang isterinya, Mumtaz Mahal.
Seni arca bermula dengan patung, maka banyak patung-patung berbentuk manusia yang disimpan di kuil-kuil untuk tujuan keagamaan. Ada juga menggunakan bahan-bahan dari besi dan gangsa.
Penulis dalam kunjungan ke Candi Borobudur

Patung Lord Siva antara arca seni dalam pergerakan istimewa. Telah mendorong ramai tukang-tukang arca India menghasilkan pelbagai bentuk arca.
Stupa dan Borobudur


Seni Lukis

Dalam bidang Seni Lukis pula kesannya boleh dilihat di dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- merupakan zaman pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi.

Dinding istana dan ruang dalam rumah golongan kaya. Kuil-kuil dihiasi lukisan bersifat keagamaan. Berasaskan epik klasik India seperti Ramayana dan Mahabhrata. Contoh Gua Ellora, Badami dan Bagh. Zaman Muslim- pemulihan seni lukis iaitu menghasilkan seni lukis gaya Indo-Sino-Parsi. 
Lukisan Miniatur Rajasthani
     
Lukisan Miniatur Radhe Krishna

PERBANDINGAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH

Pandangan Tokoh  Islam 


Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan. Menurut Al Ghazali, keindahan yang terhasil mempunyai nilai tersendiri yang perlu dihayati. Beliau menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Al Ghazali tidak melihat sesuatu karya seni dari aspek fizikal kerana baginya manusia yang taksub pada kebendaan tidak akan berjaya memperoleh kebahagiaan yang hakiki.

Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. 
  • Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama:
  • Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara dan sebagainya.
  • Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya.
  • Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.
  • Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.
Al Faruqi, cendekiawan Islam yang dilahirkan di Jaffa Palestin pada tahun 1921 telah membincangkan hal berkaitan karya seni Islam dan estetikanya. Al Faruqi menegaskan bahawa Tauhid merupakan prinsip utama dalam estetika Islam. beliau turut menegaskan bahawa Tuhan tidak dapat digambarkan dalam bentuk estetika. Estetika yang terhasil adalah berdasarkan daripada pengamatan dan pengalaman manusia itu sendiri.

Pandangan Tokoh  China

Seni China dikatakan mempunyai kepelbagaian gaya. Pandangan ahli-ahli falsafah mengenai spentingeni China telah bercanggah sejak zaman China purba lagi. Confucius telah menyumbangkan peranan dalam kesenian dan kemanusiaan (terutama dalam bidang muzik dan puisi). Namun pendapat tersebut ditentang oleh Mozi yang menyatakan bahawa seni muzik dan seni halus adalah satu pembaziran dan membuang masa kerana ianya dikatakan untuk golongan berada dan bukan golongan miskin.

Gu Kaizhi telah menjelaskan teori dalam seni lukis yang membantu pengkarya seni dalam menghasilkan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni mereka. Keagamaan dan falsafah akan mempengaruhi setiap penghasilan karya seni yang banyak.

Pandangan Tokoh India

Seni Hindu adalah berbentuk spiritual dan falsafah, berhubungkait dengan gambaran simbolisme. Berdasarkan Kapila Vatsayan, bentuk seni bina klasik Hindu, seni arca, seni catan, sastera (kaavya), muzik dan tarian mempunyai aturan tersendiri. Setiap bentuk seni dalam kesenian Hindu ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain iaitu gambaran persembahan antara simbol dan bentuk spiritual ang lebih sempurna.

Konsep saster Hindu seperti ‘Rasa’, adalah gambaran emosi yang diluahkan oleh penulis yang berkaitan dengan sensitiviti penonton. Kalidasa pula menghasilkan puisi yang mengaitkan karya seni beliau dengan ‘rasa’ yang mengetengahkan konsep estetika sepenuhnya. Teori ‘rasa’ mula berkembang dengan teks Sanskrit iaitu Natyashastra iaitu karya seni yang dihasilkan untuk Bharata Muni iaituTuhan dalam persembahan drama ‘Fifth Veda’. Krya seni ini adalah gambaran keagamaan.
Teori ‘rasa’ juga berkembang secara signifikan dengan estetika Kashmiri dalam puisi klasik.

RUMUSAN

Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih berkonsepkan keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan ciptaan tuhan, di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun. Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan kreatif. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius, Confucius dan Taoisme. Manakala falsafah India pula disebut Darsana, yang bersifat ketuhanan, spiritual dan percaya  seni berkait rapat dengan masyarakat.

No comments: