PSV3110 - Sejarah dan Apresiasi Seni

PENGENALAN SENI ALAM MELAYU
Pengenalan Seni Alam Melayu menerangkan tentang seni tampak masyarakat di Alam Melayu khususnya di Malaysia. Seni tampak yang dimulai dengan lukisan-lukisan gua di Semenanjung Malaysia dan Sarawak. Seterusnya tentang artifak-artifak peninggalan zaman prasejarah. Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk lebih mengenali seni Alam Melayu. Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

Seni di Alam Melayu telah lama wujud. Kewujudannya dibuktikan dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Artifak-artifak sejarah meliputi hasil seni seperti artifak peninggalan Zaman Logam.

Selain artifak-artifak, lukisan-lukisan di gua juga merupakan manisfestasi manusia terhadap kehidupan mereka dan membuktikan bahawa manusia di zaman dahulu telah mempunyai cara untuk mengekspresi perasaan mereka seperti lukisan-lukisan gua yang terdapat di Bukit Tambun, Perak, Gua Balambangan, Sabah dan Gua Niah, Sarawak.

Lakaran pada dinding-dinding gua menunjukkan hubungkait yang sangat rapat antara kehidupan dan alam sekitar. Lakaran-lakaran yang dihasilkan kelihatan tidak bertindih di antara satu sama lain. Penceritaan tentang sesuatu peristiwa itu sangat signifikan dan istimewa seolah-olah dirancang.

Pada asalnya seni tampak di Alam Melayu lahir kerana keinginan manusia untuk menghasilkan peralatan bagi memudahkan urusan atau kehidupan seharian mereka. Penghasilan peralatan seperti peralatan memburu dan pertanian telah membuktikannya. Penghasilan patung-patung dikalangan kaum pribumi bukan untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum-kaum pribumi yang masih kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi.

Manusia zaman dahulu juga ingin mengekpresikan hubungan antara alam dan kehidupan mereka. Semangat alam diadun dengan kepercayaan dan disebatikan dalam kehidupan. Kepercayaan mereka terhadap alam telah melahirkan beberapa pantang larang dalam transformasi bentuk alam ke bentuk tampak. Motif-motif pada pua kumbu misalnya, tidak akan dihasilkan sewenang-wenang oleh penenunnya. Pelbagai pantang larang masih dipegang untuk menghindarkan penenun daripada ditimpa pelbagai musibah.

Lukisan Gua
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia, lukisan gua telah dijumpai di Gua Tambun di Perak, Gua Niah di Sarawak dan Gua Balambangan di Sabah. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Menurut M. Matthews, seorang penulis yang menulis di dalam terbitan isu ‘Malaya Dalam Sejarah – Majalah Persatuan Sejarah Malaya’ pada bulan November 1959 berkata, “Lukisan di Gua Tambun menggunakan satu warna – tidak jelas. Dalam sesetengah kumpulan, warnanya unggu pekat dan dalam kumpulan lain, warnanya merah pudar. Banyak lukisan ini memaparkan individu-individu lelaki yang dilukis kasar. Ada di antara haiwan yang dilukis ini mudah untuk dikenalpasti tetapi ada juga yang kurang jelas dan imaginasi diperlukan untuk membayangkan apa sebenarnya yang cuba digambarkan oleh pelukis tersebut.”
Tetapi kebanyakan lukisan di sini agak jelas di lihat dan memaparkan haiwan seperti dugong, tapir, dan rusa. Rusa yang dilukis di sini amat menarik kerana kesemuanya kelihatan seperti rusa betina yang sedang bunting dan salah satu darinya juga mempunyai bayangan anak rusa di dalam perutnya! Pada suatu masa dahulu, lukisan yang membentuk galeri gambar ini terpampang sepanjang lebih dari seratus kaki, tetapi masa dan cuaca telah menghapuskan sebahagian besar lukisan ini. 
Sesetengah kajian mengatakan bahawa hematit (bahan yang menghasilkan warna merah) telah digunakan untuk menghasilkan lukisan-lukisan gua di Gua Tambun. Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa ia telah dilukis oleh masyarakat Zaman Noelitik.
Selain itu, terdapat juga lukisan lain di gua tersebut yang dipercayai dilukis oleh masyarakat awal orang asli seperti yang terdapat di Lenggong, Sungai Siput, Perak, di Hulu Kelantan, di Pahang dan juga di Kedah. Lukisan-lukisan tersebut boleh dikelompokkan ke dalam beberapa bentuk iaitu bentuk manusia, haiwan, geometrik, sampan, unsur alam dan juga bentuk abstrak. Ia dihasilkan dengan menggunakan arang.
Pada bahagian lain di Gua Kain Hitam, yang terletak berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki  telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar China dan manik kaca. Lukisan-lukisan ini dilukis menggunakan tanah atau batu merah yang berada tidak jauh dari gua tersebut.
Manakala lukisan di dinding Gua Balambangan, Sabah menggambarkan cantuman bentuk laktis ( oval berjalur) dengan garisan memanjang.  Bentuk-bentuk sebegitu mungkin satu bentuk abstrak yang menggambarkan satu fenomena di ketika itu. Di Gua Tasob Madai pula terdapat lukisan gua yang mewakili lukisan gua Zaman Neolitik. Lukisan ini menggunakan arang dengan gambaran motifmanusia, unsur alam, haiwan, sampan dan abstrak. Motif-motif ini menjadi bukti tentang aktiviti manusia di ketika dahulu.

Artifak
Artifak bermaksud barang-barang buatan manusia  (terutama alat perkakas dan senjata) yang merupakan peninggalan sesuatu zaman. Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400. Faktor cuaca banyak memberi kesan pada artifak-artifak prasejarah termasuk  barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.
Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.

Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia.

Seni Pribumi
Di kalangan masyarakat Asli tempatan seperti kaum Mah Meri di Pulau Carey dan Jah Hut di Pahang, topeng adalah tunggak budaya mereka. Pelbagai jenis topeng yang terdapat dalam masyarakat Asli serta diberi nama tertentu seperti Roh, Poyang, Moyang, Bes, dan Hantu. Kaum asli ini membuat topeng untuk tujuan penyembahan dan perubatan. Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh atau batin. 

Kaum Jah-hut
Suku kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang. Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, bertam, buluh dan rotan.  Selain hasil anyaman, kaum Jah-hut juga sememangnya sinonim dengan pengukiran kayu terutama penghasilan arca dan merupakan lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka.
Pengukiran kayu merupakan salah satu sumber pendapatan kaum Jah-hut. Segala ciptaan dari ukiran kayu adalah berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat yang ada perkaitan dengan sistem kepercayaan dan kehidupan mereka. Setiap ukiran mempunyai pelbagai maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda serta gambaran kehidupan mereka. 

Kaum Mah Meri
Mah Meri merupakan salah satu daripada 18 suku kaum Orang Asli yang tinggal di Malaysia dan tergolong di dalam kumpulan besar yang digelar orang Senoi. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah, Mahmeri memberi maksud bersisik. Mereka juga dikenali sebagai orang laut, sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai Negeri Selangor dan Pulau Carey.
Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka.  Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ukiran kayu Mah Meri bukan dicipta untuk tujuan beribadat atau untuk disembah. Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semulajadi. Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.
Ukiran yang dinamakan Moyang Sauh dipercayai berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut. Moyang Sauh yang digambarkan dalam ukiran Mah Meri mempunyai bentuk seakan-akan seekor ikan atau naga laut menjadikannya sebuah ukiran yang kelihatan menyeramkan namun sangat indah pada masa yang sama. Untuk memastikan para nelayan selamat pulang, bomoh Mah Meri akan menghasilkan ukiran Moyang Sauh dan mengadakan satu upacara di tepi pantai dengan menyediakan pulut kuning dan makanan yang lain sambil meminta pertolongan Moyang Sauh agar nelayan mereka selamat di laut hinggalah mereka pulang ke darat. Ukiran serta makanan tersebut kemudiannya ditinggalkan di tepi laut setelah upacara tersebut selesai. 
  
Moyang Jantung Moyang Sauh Moyang Naga
Ukiran Mah Meri juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mereka untuk menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut. Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi ‘mengalihkan’ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya ‘mengeluarkan’ penyakit itu dari badan pesakit.
Nama topeng dalam masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan hiburan. Nama seperti Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi dan Moyang Katak Kala, sentiasa menjadi sebutan. Selalunya topeng ini dipakai oleh batin dan bomoh sebagai perantara alam metalizik dan realiti. Bentuk-bentuk topeng masyarakat Asli ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan piuhan.
Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun, menakut serta melucukan. Terutamanya topeng untuk tujuan penyembuhan penyakit. Kebanyakan bomoh di kalangan masyarakat Asli berperanan sebagai tabib dan hakim, maka topeng menjadi mekanisme penjelmaan mereka dari manusia kepada makhluk magis. 

Jenis kayu yang paling digemari untuk dibuat ukiran adalah kayu nyireh batu. Keindahan ukiran ini terserlah bukan sahaja pada alunan urat kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik tetapi juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna di dalam budaya kaum Mah Meri.
Oleh sebab ini, setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri. Setiap ukiran tertakluk kepada tafsiran pengukir yang menghasilkannya, kepakaran pengukir untuk membentuk kayu ini serta keunikan mutu kerja pengukir tersebut. Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.
Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri. Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul  memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

Pua Kumbu
Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun. Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban.
Motif
Penerangan
Kepercayaan
Engkeramba
Merupakan gambaran figura roh.

Dipercayai berkuasa menghalang bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang.Biasanya, motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang
Fauna
Buaya
mempunyai kuasa untuk menjaga tempat berhuma (tanaman padi).
Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.
Ular
membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dantidak ditenun dengan sewenang-wenangnya
Katak
ditenun dengan gaya seperti manusia.
menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi
Harimau dan tikus kasturi
sering dikarang dalam bentuk abstrak
Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian.
Burung
pembawa alamat baik
kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan.
Rusa
mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu
Serangga
labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan
Flora
rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buah-buahan, biji benih dan bungha-bungaan.

Alam & Alatan
bulan, awan larat, alat tenun


Mengikut kepercayaan,  jika seseorang itu berkeras untuk menghasilkan motif atau corak pua kumbu di luar kemampuannya, ia dipercayai akan 'memakan diri' dan kain tersebut tidak dapat dihasilkan. Maksud memakan diri itu pula adalah pembuat itu akan jatuh sakit dan ada sahaja perkara lain yang menghalangnya untuk menyiapkan tenunan tersebut.
Penenun yang mahir biasanya memperoleh motif serta corak menerusi mimpi yang kemudiannya diterjemahkan dalam tenunan pua kumbu. Apabila selesai setiap pua kumbu dihasilkan, penenun akan membuat sebuah tatu di tangan yang bermakna penenun tersebut adalah pakar atau telah ditauliahkan.
Penenun yang mencapai tahap tertinggi boleh dikenali dengan tatu di badan mereka. Mereka akan mempunyai tatu di beberapa tempat di anggota badannya termasuk di bahagian leher. Pua kumbu pada zaman dahulu sering digunakan dalam upacara kelahiran, perkahwinan, pengkebumian, perubatan, menyambut kepala (selepas ngayau/memenggal kepala) dan upacara bercucuk tanam.
Kemahiran menghasil kain tenunan merupakan satu kemestian bagi wanita suku kaum Iban, malah kebolehan itu juga pernah menjadi faktor tarikan utama kaum lelaki suatu ketika dulu. Bagi masyarakat Iban, seni tangan itu bukan sahaja menggambarkan kerajinan dan ketekunan malah sikap bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Dahulu jika seseorang wanita Iban yang tidak mempunyai kepandaian menenun kain, dia tidak akan dipilih sebagai calon isteri dan lambat bertemu jodoh.
Kini sebahagian kecil sahaja masyarakat Iban yang memiliki kemahiran menenun pua. Walaubagaimanapun, pua yang dihasilkan adalah antara yang terbaik di kalangan suku kaum Dayak.

a) Artifak

Artifak adalah barang-barang sejarah hasilan manusia seperti peralatan, senjata atau ornamen.A) Tembikar Seni tembikar telah wujud dalam budaya Melayu di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha, Kelantan, Bukit Tengku Lembu, Perlis, Ulu Tembeling, Pahang, Bukit Tambun, Perak dan Gua Niah, Serawak.

Ragam hias pada permukaan pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang ditemui didapati dibuat secara spontan dan dibakar pada suhu sebarang suhu. Di Johor, dijumpai pecahan tembikar yang dihiasi dengan motif geometri berbentuk ‘tulang ikan’. Para pengkaji sejarah menggunakan serpihan-serpihan tembikar yang ditemui sebagai petanda untuk menggambarkan tamadun dan budaya zaman silam

b)   Keris
Keris menjadi sejenis senjata warisan Melayu sejati yang telah digunakan di Tanah Melayu sejak lebih daripada 700 tahun yang lalu. Selain sebagai senjata untuk mempertahankan diri, keris juga merupakan satu lambang yang menjadi kemegahan serta kebanggaan bangsa dan negara. Contoh keris yang wujud di Malaysia Keris Semenanjung, Keris Taming Sari, Keris Pekaka, Keris Panjang dan Keris Madura.

Catan Cina
Sumbangan golongan Cina kepada perkembangan seni Malaysia dan Singapura berpunca daripada pendatang dan pelawat Cina seperti Xu Beihong yang telah bermastautin di Pulau Pinang untuk beberapa tahun. Mereka juga telah berkunjung ke Singapura untuk sesuatu jangka masa. Mereka telah menerima pendidikan dalam lukisan berus Cina dan kaligrafi di China.
Pada mulanya penghijrah-penghijrah awal dari China adalah untuk mencari sara hidup. Seni halus tidak pernah difikirkan . Hanya selepas mereka bertapak kukuh dan berjaya dalam kehidupan, barulah terdapat beberapa penghijrahan berdasarkan kretiviti artistik mereka. Terdapat yang terlibat dalam pendidikan Seni dan ada pula yang menjadi pelukis amatur. Antara yang berjaya dalam bidang seni ialah Lee Kah Yeow, Wang Yau, Reverend Chuk Mor, Reverend Pak Yuen, Chai Horng, Chung Hong Kong dan Zhen Wei Sin.
Kesimpulannya pada awal tahu 1920an terdapat pelukis yang mempamerkan hasil karyanya. Pameran seni lukis yang terawal di singapura ialah pameran Lian Xiao Oh pada tahun 1924. Disusuli pula dengan pameran pastel He Qui Qo pada tahun 1926.

Catan air
Sejarah seni Malaysia agak baru jika dibandingkan dengan negara-negara jiran. Ia meliputi tempoh setengah abad. Kesenian visual bukan menjadi tradisi Melayu. Seni visual ini wujud oleh perintis karya-karya cat air dan cat minyak para pegawai Kolonial British yang berkhidmat di Pulau Pinang pada akhir tahun 1770an yang mengikut estetik zaman Victoria.
Seni lukis Malaysia bermula dalam tahun 1930an dengan terciptanya karya-karya catan awal oleh Yong Mun Seng, Abdullah Ariff dan lain-lain lagi.
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.
Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

Seni bina
Tidak dapat dinafikan masyarakat dahulu kala mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina. Terdapat bangunan-bangunan yang menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik. Contohnya, istana, rumah berhala, monumen, tembok, bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, pusat pengajian, sekolah, masjid, dan lain-lain lagi.

Dianggarkan terdapat lebih kurang 35,000 buah bangunan sebelum perang yang berada di 265 buah bandar yang dikaji di seluruh negara wajar dipulihara (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).
Fielden (2000) berpendapat bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai senibina, estetik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan juga politik serta rohani yang simbolik.
Contoh senibina sebelum merdeka:

(1)    Bangunan Stadthuys di Banda Hilir, Melaka (1641).
(2)    Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735).
(3)    Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan (1888).
(4)    Masjid Kampung Hulu di Banda Hilir, Melaka (1728).
(5)    Gereja St. George Anglican di George Town, Pulau Pinang (1817).
(6)    Balai Seni di Alor Setar, Kedah (1893).

 Rumusan :
Perkembangan seni visual Malaysia sebelum merdeka adalah sebagai minat atau rekod sejarah.  Merupakan zaman baru bagi pelukis Malaysia dan seni halus tidak dipentingkan.  Aktiviti seni dipengaruhi oleh suasana penjajah iaitu menekankan genre lukisan dan catan lanskap dalam aliran Realisme.  Era baru dalam aliran naturalis dan figura manusia.

 Perkembangan Seni Visual Selepas Merdeka   

Seni Plastik
Istilah plastik digunakan kepada semua imej-imej spatial. Seniman mengenalpasti dari aspek perletakan imej di dalam ruang plastik merujuk kepada keperluan permukaan dan perasaan seniman. Seni plastik juga adalah satu terma dalam seni visual yang memberi maksud unsur plastik dalam bahan-bahan yang boleh dibentuk dan dibina. Unsur plastik ini menjurus kepada aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan yang merangkumi objek tiga dimensi.
Seni plastik di Malaysia melibatkan hasil karya catan, arca, senibina, tembikar, ukiran, tenunan senjata dan sebagainya. Membentuk ialah teknik menghasilkan karya dengan cara mengukir, menguli, menempa, mengurut, dan menggelek. Bahan yang digunakan ialah kayu, tanah liat, batu dan sebagainya. Membina pula ialah menghasilkan karya seni dalam bentuk tiga dimensi secara mengikat, melentur, menyambung, membentuk, menjalin, mencantum dan sebagainya. Bahan yang boleh digunakan untuk aktiviti ini ialah batu, kayu, logam, besi, keluli dan sebagainya.
Dalam lewat tahun 50-an telah berlaku konflik dalam seni akibat perbalahan dominasi oleh pengamal aliran abstrak dan ekspresionistik. Seniman dan peminat aliran realisme rasa tercabar dan telah bangkit. Dalam tahun 1960-an pemilihan gaya abstrak adalah lebih formalistik dan berbentuk individualistik. Gaya ’avant-garde’ yang dipolori oleh Abstrak Ekspresionisme Amerika telah diberi penghargaan.
Sekitar dekad 1980-an dan 1990-an memperlihatkan cubaan serius untuk menerapkan ciri ’nasional’ atau keaslian’ seni plastik moden. Seniman pada sekitar tahun 80-an menghasilkan karya di luar ciri seni plastik konvensional dan tidak terikat pada media, bahan dan proses berkarya.


Seni Arca
Arca dihayati sebagai satu cabang kesenian yang berkaitan dengan pengkajian bentuk-bentuk tiga dimensi yang melibatkan formalistik seni seperti ruang, jalinan, warna, struktur dan rupa. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru berbanding dengan catan.

Seni arca moden mula berkembang di Malaysia pada sekitar tahun 1960-an. Menurut T.K.Sabapathy (1976), karya-karya arca Syed Ahmad Jamal, Latiff Mohidin, Cheong Laitong, Yeoh Jin Leng dan Tang Tuck Kan membangkitkan hal-hal yang menghubungkan catan dengan arca.
Aliran Ekspresionisme dan Abstrak Ekspresionisme meresap ke dalam seni arca. Contohnya, karya Syed Ahmad Jamal “The Link” (1963), yang sama tema dengan catannya.

Arca-arca yang bersifat figuratif dan representasi dapat dilihat menerusi karya-karya Anthony Lau. Antara karya awal Anthony Lau adalah arca “Djin Api” (1959), “Forest” (1968) dan “Ecstacy” (1986).

Djin Api -1959 oleh Anthony Lau


Dekad 1970-an memperlihatkan perkembangan arca yang pesat. Pada tahun 1976 satu pameran “Tinjauan Seni Arca Moden Malaysia” telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Antara yang turut serta adalah Anthony Lau, Chan Teck Meng, Teo Tien Eng, Syed Ahmad Jamal, Cheong Laitong dan Latiff Mohidin.

Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara merupakan salah sebuah institusi yang bertanggungjawab dalam melahirkan ramai pengarca ternama dan berpotensi seperti Zakaria Awang, Ariffin Ismail, Mad Anuar Ismail, Wan Ahmad Wan Mohamod, Ham Rabeah Kamarun, Ramlan Abdullah, Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Zulkifli Yusof, Raja Shahriman dan Bayu Utomo.

Dari segi tema, para pengarca berinteraksi terhadap persekitaran seperti persoalan agama, budaya, alam dan kehidupan secara umumnya. Peningkatan minat dan kecenderungan seniman kepada seni arca dan media campuran jelas kelihatan awal dekad 1990-an. Pelbagai bentuk arca terhasil, sama ada secara konvensional, bersifat galeri, pemasangan (installation) atau pun arca persekitaran.
 



1 comment:

subagio wibowo said...

Selamat Datang di Website OM AGUS
Izinkan kami membantu anda
semua dengan Angka ritual Kami..
Kami dengan bantuan Supranatural
Bisa menghasilkan Angka Ritual Yang Sangat
Mengagumkan…Bisa Menerawang
Angka Yang Bakal Keluar Untuk Toto Singapore
Maupun Hongkong…Kami bekerja tiada henti
Untuk Bisa menembus Angka yang bakal Keluar..
dengan Jaminan 100% gol / Tembus…!!!!,hb=085-399-278-797
Tapi Ingat Kami Hanya Memberikan Angka Ritual
Kami Hanya Kepada Anda Yang Benar-benar
dengan sangat Membutuhkan
Angka Ritual Kami .. Kunci Kami Anda Harus
OPTIMIS Angka Bakal Tembus…Hanya
dengan Sebuah Optimis Anda bisa Menang…!!!
Apakah anda Termasuk dalam Kategori Ini
1. Di Lilit Hutang
2. Selalu kalah Dalam Bermain Togel
3. Barang berharga Anda udah Habis Buat Judi Togel
4. Anda Udah ke mana-mana tapi tidak menghasilkan Solusi yang

Jangan Anda Putus Asa…Anda udah
berada Di blog yang sangat Tepat..
Kami akan membantu anda semua dengan
Angka Ritual Kami..Anda
Cukup Mengganti Biaya Ritual Angka Nya
Saja… Jika anda Membutuhkan Angka Ghoib
Hasil Ritual Dari=OM AGUS, 2D,3D,4D
di jamin Tembus 100% silahkan:
Hub : (OM AGUS)
(085-399-278-797)