Kepentingan Pendidikan Seni Visual Dalam Era Teknologi Tinggi


1.0 Multimedia
Multimedia kini semakin meluas digunakan di seluruh dunia sama ada sebagai hiburan, pembelajaran mahupun punca pendapatan. Walaupun begitu, masih ramai individu yang masih belum mengetahui maksud sebenar multimedia. Perkataan multimedia berasal daripada dua perkataan iaitu ‘multi’ dan ‘media’. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, multi bermaksud awalan asing bagi perkataan banyak dan pelbagai. Manakala media membawa maksud sebagai suatu alat bagi menyampaikan atau membuat sesuatu. Media juga boleh dikatakan sebagai perantaraan atau alat pengantar sesuatu bentuk mass komunikasi contohnya majalah, makalah atau televisyen.
Multimedia merujuk kepada persembahan yang berpusatkan computer dan menggabungkan dua atau lebih unsur-unsur media contohnya photo, video, teks, grafik dan banyak lagi. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, multimedia berkaitan dengan produk atau program yang melibatkan penggunaan grafik untuk menyampaikan maklumat. Multimedia juga boleh didefinisikan sebagai sistem computer yang menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video. Menurut Furht (Internet 1996) dari Atlantic University, Florida mendefinasikan multimedia sebagai gabungan antara pelbagai media. Menurut pula Thompson (1994) mendefinisikan multimedia sebagai suatu sistem yang menggabungkan teks, imej, video, animasi, suara dan membolehkan interaktiviti

1.1 Elemen-elemen Multimedia
Multimedia mengandungi beberapa elemen-elemen utama dan tujuan elemen-elemen ini adalah bagi mewujudkan suatu persembahan informasi yang lebih menarik dan berkesan. Sebuah multimedia yang berkesan haruslah menonjol dan mempu menarik perhatian orang ramai. Selain itu, multimedia ini dikira berkesan jika mesej atau informasi yang ingin disampaikan mudah difahami.

Antara elemen-elemen multimedia ialah :
1.1.1 Teks :-
Teks merupakan antara asas utama untuk menyalurkan sebuah maklumat kepada orang ramai. Pada era ini, terdapat pelbagai jenis muka taip dan fon yang mempu menambah daya tarikan orang ramai dalam suatu persembahan maklumat. Selain menyampaikan maklumat semata-mata, teks juga boleh digunakan sebagai penegasan atau pengukuhan kepada suatu isu seperti yang digunakan dalam pelbagai poster.

Terdapat tiga ketegori teks:
a) Serif – merujuk kepada garisan mahupun lengkungan yang ada pada penghujung sesuatu aksara.
b) San Serif- sans merujuk kepada ‘tanpa’, oleh itu fon yang berjenis sn serif tidak mempunyai serif .
c) Dekoratif – merujuk kepada jenis fon yang mengandungi unsur sastera lama dan berbunga-bunga seperti tulisan zaman dahulu kala.

Dalam penggunaan teks terdapat beberapa panduan asas agar persembahan mampu menarik perhatian antaranya:-
Menggunakan teks yang ringkas tetapi mempunyai isi yang padat.
Menggunakan mukataip dan saiz tulisan yang bersesuaian agar boleh dibaca.
Pemilihan jelis tulisan dan warna yang bersesuaian seperti warna kontra.

1.1.2 Grafik:-
Grafik merupakan persembahan imej atau peperan visual contohnya, gambar, lukisan, ilustrasi carta dan sebagainya. Grafik digital merupakan hasil kerja grafik yang dihasilkan dengan menggunakan kemudahan atau perisian computer contohnya imej mudah seperti garisan atau papatan imej yang lebih kompleks yang dihasilkan oleh computer. Grafik digunakan bagi tujuan untuk memberi penekanan visual kepada suatu persembahan dan juga membantu untuk menerangkan suatu maklumat dengan lebih berkesan. Di samping itu, grafik mampu menjadikan sebuah persembahan atau penyampaian maklumat itu lebih hidup dan menarik kerana grafik bukan sahaja menyampaikan maksud tetapi juga mampu memperlihatkan situasi, perasaan atau deria rasa yang lebih terperinci. Grafik jua digunakan sebagai:-
a) Elemen pelengkap iaitu sebagai latar belakang dan tekstur yang menjadi pelengkap kepada maklumat yang ingin disampaikan.
b) Fokus utama contohnya berfungsi sebagai logo, imej, lukisan ataupun rajah yang memainkan peranan utama dalam sesebuah persembahan itu.
Terdapat dua ketegori asas grafik iaitu grafik vector iaitu grafik yang sesuai digunakan untuk teks dan grafik tebal kerana walaupun saiznya berubah kualitinya tetap sama tidak berubah. Antara aplikasi yang menyediakan grafik vector ialah Macromedia Freehand, Adobe IIIustrator dan Corel Draw. Selain itu, imej bitmap yang bergantung kepada saiz resolusi paparan dan keupayaan grafik dan computer individu. Saiz fail biasanya dimampatkan bag menjimatkat ruang memori walaubagaimanapun, tidak seperti grafik vector kualitinya imej boleh berubah jika saiz imej berubah. Terdapat beberapa panduan asas dalam menggunakan grafik antaranya ialah memilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran sama ada kanak-kanak, remaja atau dewasa. Paling utama grafik haruslah bersesuaian dengan mesej yang ingin disampaikan. Pemilihan grafik  juga tidak boleh menyentuh sensitivity kaum atau agama.

1.1.3 Audio:-
Audio digunakan bertujuan untuk membantu proses penyampaian persembahan agar penyampaian lebih mantap dan memberi impak yang lebih berkesan. Selain itu, audio juga bertujuan untuk meningkatkan kesan motivasi kepada orang ramai agar dapat menarik minat mereka untuk menyertai proses penyampaian itu disamping menimbulkan suasana yang menarik. Antara beberapa panduan dalam menggunakan audio dalam multimedia ialah penggunaan audio haruslah bersesuaian dengan isi kandungan aplikasi atau program yang dilaksanakan contohnya ceramah atau tayangan montaj. Sekiranya terdapat penggunaan audio, pastikan terdapat pengawalan kuasa untuk mengawal tahap ketinggian audionya, memberhentikan audio dan sebgainya. Walaubagaimanapun, elakkan terlalu banyak penggunaan audio bagi menghindari kebosanan.

1.1.4 Video:-
Penggunaan video dalam multimedia berupaya untuk mempengaruhi motivasi individu terhadap proses penerimaan penyampaian suatu maklumat kerana video merupakan antara elemen multimedia yang paling dinamik dan realistik. Video dapat memperlihatkan keadaan sebenar dan sekaligus mampu mempengaruhi perasaan dan emosi orang ramai.

1.1.5 Animasi:-
Elemen seterusnya ialah animasi yang mampu menyampaikan maklumat yang kompleks melalui visual dan dinamik. Bagi kanak-kanak, animasi memudahkan mereka untuk membuat hubungan mengenai suatu konsep atau proses yang sukar kepada lebih mudah sekaligus memudahkan proses pemahaman. Animasi digital juga dapat digunakan dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbentuk maya dan mudah untuk mengatasi masalah di mana keadaan sebenar sukar disediakan, membahayakan ataupun melibatkan kos yang tinggi.

1.1.6 Interaktif :-
Interaktif melibatkan proses komunikasi dua hala di antara pengguna dan sistem. Melalui sistem ini, pengguna boleh memilih untuk mendapat respon daripada bahan multimedia yang digunakan dan interaktif juga membenarkan pengguna untuk mengawal laluan atau corak penerokaannya. Interaktif yang berkesan boleh menghasilkan pembelajaran secara aktif wan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menarik.

1.2 Penggunaan Multimedia
Penggunaan multimedia kini semakin meluas, multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang antaranya perniagaan, pentadbiran, pendidikan, penyiaran mahupun hiburan. Dalam perniagaan, antara alat multimedia yang sering digunakan ialah alatan komunikasi kerana perniagaan kini boleh dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah melalui verbal, melalui agen mahupun melalui kiriman pos. Melalui cara-cara ini, peniaga memerlukan multimedia sebagai bahan pengantara untuk menerangkan tentang produk yang diniagakan contohnya katalog, video dan sebagainya. Dengan penggunaan multimedia yang berkesan juga peniaga dapat menambah daya tarikan kepada produk yang dihasilkan.
Dalam bidang pentadbiran, teknologi multimedia dapat digunakan oleh kerajaan dalam pentadbirannya seperti kerajaan elektronik atau pejabat tanpa kertas (paperless office). Dapat dilihat kebanyakan pemerhonan kerja kini menggunakan sistem atas talian contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jobs Malaysia. Selain itu, multimedia juga amat penting dalam keperluan pertahanan negara dan penyebaran maklumat kepada rakyat kerana dengan multimedia, penyebaran maklumat lebih mudah, menjimatkan masa, kos dan tenaga buruh.
Selain itu, penggunaan multimedia juga semakin berleluasa dalam bidang pendidikan dan bidang ini merupakan antara bidang yang paling digalakkan untuk menggunakan kemudahan multimedia. Kebolehan multimedia untuk menggabungkan kesemua elemen-elemen multimedia seperti animasi, video, audio,animasi,teks,grafik dan interaktif membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran disampaikan dengan lebih berkesan. Melalui kemudahan seperti ini, ia dapat membantu untuk menarik perhatian murid-murid dan menghindari kebosanan. Dengan sistem multimedia yang semakin berkembang juga, pihak sekolah boleh mengesan prestasi para pelajar di samping ibu bapa juga dapat mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak mereka. Selain itu, multimedia juga membantu dalam pendidikan di rumah (home school) dan program pendidikan jarak jauh agar maklumat dapat disampaikan.
Dalam bidang penyiaran,multimedia boleh diaplikasi dalam bidang seperti pengiklanan, pembikinan cerita animasi dan peralatan audio dan video. Selain dalam bidang penyiaran, bidang hiburan juga merupakan bidang yang wajib menggunakan multimedia. Antara bukti yang jelas kelihatan penggunaan multimedia ialah melalui filem-filem animasi atau filem yang berbentuk fantasi. Dalam menghasilkan kesan grafik yang realistik dan menarik penggunaan multimedia memainkan peranan yang amat penting.

1.3 Integrasi multimedia dalam pelbagai industri
Banyak ilmu lama sekarang yang menggunakan teknologi digital dan komputer sehingga batas antara karya seni tradisional dan karya seni hasil olahan media komputer menjadi sukar untuk dibezakan. Selain itu, banyak pengkarya sekarang yang telah menggabungkan cara menghasilkan karya tradisional dengan seni algoritnis (berulang) dengan menggunakan pemprosesan gambar digital atau penyuntingan gambar digital.
Contohnya:-
- Nam Jum Paik yang memperkenalkan seni video dalam pengkaryaan seni.

- Dan Flavin juga begitu konsisten dalam penghasilan karya yang berasaskan seni cahaya atau light art.
 
- Bill Yiola yang memperkembangkan idea Jum Paik dalam persembahan yang lebih terkini dengan mempertemukan komputer, seni, persembahan, instalasi, video dan projektor yang bermain dengan masa dan ruang.
 
Menurut Adi Kurniadi (1999), kini dalam industri seni digital dengan kemampuan komputer grafik 3D, anda boleh membuat anatomi tubuh 3D yang dapat diputar-putar, membuat struktur molekul, alam semesta, planet-planet dan sebagainya. Dengan menggunakan perisian komputer grafik tertentu, seperti Adobe Photoshop, anda boleh membuat hasil karya lukis (termasuk memanipulasi foto). Manakala, 3D Studio Max pula menghasilkan karya seni realistik secara 3D. Adobe Photoshop merupakan produk perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk memperelok foto dan lukisan dengan  menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop mempunyai pelbagai fungsi di mana fungsi-fungsi tersebut memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, dan menyunting imej. Selain itu, Coreldraw juga merupakan aplikasi rekaan grafik yang digunakan untuk membuat pelbagai jenis rekaan seperti logo, nama, kalender, poster dan lain-lain. Manakala, Adobe Illustrator adalah software pengolah grafik yang biasa digunakan untuk pelbagai pekerjaan yang melibatkan rekaan sesuatu seperti membuat logo-logo perusahaan, cover, majalah, poster, banner dan sebagainya yang boleh digunakan dalam industri pembungkusan, menghasilkan bahan bacaan, industri pengiklanan, dan animasi.

Selain itu, industri seni lakonan atau penggambaran video juga menggunakan bantuan komputer grafik agar filem mempunyai kesan visual khusus yang mensimulasikan alam yang nyata sehingga kita sukar untuk membezakan mana yang nyata dan mana yang imaginasi.


Rujukan

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publication: Bentong.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia”, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

2 comments:

farizghazali said...

Saya kurang pasti bila artikel ini dikarang, tapi perkataan multimedia itu sendiri semakin kurang relevant dalam industri. Expected la jugak dalam industri yang didorong oleh perkembangan teknologi.

tdy said...

Tq atas komenter yang sangat baik untuk bahan perbincangan dan percembahan ilmu.